Tuesday, May 15, 2012

photography tutorial : ISO

assalammualaikum...

hari ni.. nina rase macam rajin je nak share beberapa perkara tentang photography ni..
nina bukan nya pro pon... tapi nina hanya la NEWBIE...
nina baru berjinak-jinak dengan dunia photograhy ni.. masih dalam pembelajaran..
nina nak share tentang ISO... ape itu ISO ? bkn ISO yang ade kat barang2 elektrik ke ape tu... 
Dalam term photography,
ISO atau ASA ( American Standard Assosiation ) adalah satu cara pengiraan untuk kelajuan film (kodak) dan juga tahap sensitiviti /kepekaan pada cahaya.

CARA GUNA ISO..

 

  1. More Light - tengok pada kawasan more light, kawasan tersebut sangat terang sebab pancaran matahari direct. So korang tak perlu menggunakan iso yang tinggi. ISO 100 dah cukup memadai
  2. Less Light - Lihat kawasan belakang pokok tu. Cahaya tak banyak kan sebab terlindung dari matahari. Pada kawasan tu, gambar akan menjadi gelap sikit. So, ISO 400 dah memadai. Tapi kalau masih gelap, boleh tinggikan sedikit ISO.
  3. Lower ISO - Itu antara kawasan yang ideal untuk shoot gambar portrait. Sebab apa? Sebab cahaya yang datang pada kawasan tu dah cukup cun. So tak perlu nak pakai ISO tinggi sangat. ISO 200 dah cukup best.
 kalau korang nak amek gamba tu.. make sure korang cari dulu kesesuaian ISO, baru lah gambar korang nampak menarik...


  • ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
  • ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
  • ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
  • ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
  • ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya

NOISE 

Noise pulak adalah grain ataupun butir2an kasar pada gambar. setiap kali korang menggunakan ISO yang tinggi, noise akan semakin bertambah. Jadi untuk mengelakkan gambar dari banyak noise. Gunakan ISO yang tidak terlalu tinggi. Kalau gelap guna lah flash.

ni gambar yang menunjukkan noise tu...


itu sahaja daripada nina... and nina nak kredit kan tutorial ni pada..
sebab banyak membantu nina dalam memahami serba sedikit tentang photography...


No comments: