sharon
Misha
singkap kembali tabir ingatannya. Sharon Manis nama itu, semanis
orangnya. Dialah kawan karib Misha yang selalu diingatannya. Sudah enam
tahun mereka mengenali antara satu sama lain. Kegembiraan dan keperitan
hidup di alam remaja mereka melalui bersama. Tetapi semua itu hanya
tinggal kenangan sahaja. Misha kehilangan seorang sahabat yang tidak ada
kalang-gantinya.
Peristiwa
itu berlaku dua tahun yang lalu. Sewaktu itu mereka sedang berada di
kantin sekolah. Misha sedang marahkan Sharon kerana mengambil pena
kesukaannya tanpa izin dan menghilangkannya.
Apabila
Misha bertanya, dia hanya berkata yang dia akan menggantikannya. Misha
tidak mahu dia menggantikannya. Kerana pena yang hilang tu berlainan
dengan pena yang akan diganti oleh Sharon. Pena yang hilang itu adalah
hadiah daripada Sharon sewaktu mereka pertama kali menjadi sepasang
kawan karib.
"Aku
tak mahu kau menggantikannya! Pena yang hilang tu berharga bagiku!"
Misha memarahi Sharon. "Selagi kau tak jumpa pena tu, selagi itulah aku
tak akan bercakap dengan kau!" Marahnya Misha pada Sharon. Meja kantin
tu di hentaknya dengan kuat hingga terkejut Sharon. Misha yang mukanya
memang kemerah-merahan, bila marah bertambah merahlah mukanya. Sharon
dengan keadaan sedih dan terkejut hanya berdiamkan diri lalu beredar
dari situ. Misha tahu Sharon berasa sedih mendengar kata-katanya itu.
Misha tidak berniat hendak melukainya tetapi waktu itu dia terlalu marah
dan tanpa dia sedari, mutiara jernih membasahi pipinya.
"Sudah
beberapa hari Sharon tidak datang ke sekolah. Aku merasa risau. Adakah
dia sakit? Apa yang terjadi" Berkata-kata Misha seorang diri. Benak
fikirannya diganggu oleh seribu satu pertanyaan "EH! Aku nak pergi ke
rumahnyalah" Berbisik Misha di hatinya. Tetapi niatnya berhenti di situ.
Dia merasa segan. Tiba-tiba talipon dirumah Misha berbunyi
"Ring,riiiiiiiing,riiiiiiiiing,riiiiiiiing" Ibu Misha yang menjawab
panggilan itu."Misha, oh, Misha "Teriak ibunya. "Cepat, salin baju. Kita
pergi rumah Sharon ada sesuatu berlaku. Kakaknya Sharon talipon suruh
kita pergi rumahnya sekarang jugak" Suara ibu Misha tergesa-gesa
menyuruh anak daranya cepat bersiap. Tiba-tiba jantung Misha bergerak
laju. Tak pernah dia merasa begitu. Dia rasa tak sedap. Ini mesti ada
sesuatu buruk yg berlaku. "Ya Allah, kau tenteramkanlah hatiku. Apapun
yang berlaku aku tahu ini semua ujianmu. Ku mohon jauhilah segala
perkara yang tak baik berlaku. Kau selamatkanlah sahabatku." Berdoa
Misha pada Allah sepanjang perjalanannya ke rumah Sharon.
Apabila
tiba di sana, rumahnya dipenuhi dengan sanak -saudaranya. Misha terus
menuju ke ibu Sharon dan bersalaman dengan ibunya dan bertanya apa
sebenarnya yang telah berlaku. Ibunya dengan nada sedih memberitahu
Misha yang Sharon dilanggar lori sewaktu menyeberang jalan berdekatan
dengan sekolahnya. "Dia memang tidak sihat tapi dia berdegil nak ke
sekolah. Katanya nak jumpa engkau. Tapi hajatnya tak sampai. Sampai di
saat dia menghembuskan nafasnya, kakaknya yang ada disisinya ternampak
sampul surat masa ada dia gengam ditangannya" terisak-isak suara ibu
Sharon menceritakan pada Misha sambil menghulurkan surat yang Sharon
beriya-iya sangat ingin memberikannya pada sahabatnya.
Didalam sampul surat itu terdapat pena kesukaanku. Disitu juga terdapat nota daripadanya.
MISHA SHARMIN,
AKU
MINTA MAAAF KERANA MEMBUAT KAU MARAH KERANA TELAH MENGHILANGKAN PENA
KESUKAANMU. SELEPAS ENGKAU MEMARAHI AKU, AKU PULANG DARI SEKOLAH SEWAKTU
HUJAN LEBAT KERANA INGIN MENCARI PENAMU. DI RUMAH AKU TAK JUMPA. TAPI
AKU TAK PUTUS ASA DAN CUBA MENGINGATINYA DAN AKU TERINGAT, PENA TU ADA
DI MEJA SCIENCE LAB . ITUPUN AGAK LAMBAT AKU INGIN KESEKOLAH KERANA
BADANKU TAK SIHAT TAPI DENGAN BANTUAN SITI DIA TOLONG CARIKAN. PENA TU
SITI JUMPA DIBAWAH MEJAMU. TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGHARGAI
PEMBERIANKU DAN PERSAHABATAN YANG TERJALIN SELAMA SETAHUN. TERIMA KASIH
SEKALI LAGI KERANA SELAMA INI MENGAJARKU TENTENG ERTI PERSAHABATAN.
SHARON OSMAN.
Kolam
mata Misha dipenuhi mutiara jernih yang akhirnya jatuh berlinangan
dengan derasnya.Kalau boleh ingin dia meraung sekuat hatinya. Ingin dia
memeluk tubuh Sharon dan memohon maaf padanya tapi apakan daya semuanya
dah terlambat. Mayat Sharon masih di hospital. Tiba-tiba dentuman guruh
mengejutkan Misha daripada lamunan.
Barulah
dia sedar bahawa dia hanya mengenangkan kisah silam. Persahabatan
mereka lebih berharga daripada pena itu. Misha benar-benar menyesal
dengan perbuatannya. Dia berjanji tak akan membenarkan peristiwa ini
berulang kembali. Semenjak itu Misha rajin bersolat dan selesai solat
dia akan membaca al-quran dan berdoa dan bersedekahkan ayat-ayat al
quran kepada sahabatnya. Dengan cara ini sahajalah yang dapat Misha
balas balik jasanya Sharon dan mengeratkan persahabatanya.
No comments:
Post a Comment