Monday, June 11, 2012

7 tips asas menggembirakan hati.. (^_^)

assalammualaikum...

hari ni nina nak taip dari tepi.. hehehe.. (kluar topik)
hari ni nina nak kongsi kan beberapa tips untuk menggembirakan hati yang sedang gundah gulana, sedih serta kecewa dan cara untuk berdepan dengan emosi tersebut.. kita mulakan dengan..

LATIH MINDA MELUPAKAN KENANGAN PAHIT

bunyi dia mmg macam senang je nak buat.. tapi ia memerlukan diaplikasikan secara berterusan.. mengaku saje la yang korang sering merasa sedih kerana terlalu banyak mengingatkan kenangan yang pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu.. tak perlu nak ingat semua tu.. just cut off connection memory lalu dengan emosi..

mulai dari hari ini, kita mestilah bertekad untuk melupakan semua tu, delete semua memori2 tu.. tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan juga rakan-rakan.

memang sukar untuk melupakan semua sekaligus, tapi lalukan dengan berperingkat.. alih kan perhatian kita kepada perkara2 lain.. proses ini akan mengambil masa... tapi ia boleh di percepatkan dengan disiplin kan diri...

BUANG SIKAP RISAU

Terdapat dua (2) kesan dari sikap risau ni.. pertama ia akan menarik nasib yang tak baik, masalah dan musibah tanpa di pinta.. kedua nya... ia memberi kesan yang buruk kepada kesihatan dari segi fizikal dan mental... risau membuat korang selalu menjadi sedih dan kecewa... kadang2 tu takut.... untuk buang sikap risau, belajar lah untuk bertenang dan latih diri korang untuk mengawal emosi...

BELAJAR RAJIN BERSYUKUR

Ucap syukur atas kesemua yang korang ada.. ape2 je la.. misalnya ucap syukur kerana korang masih ada 5 deria yang lengkap.. 5 ke ? ha la 5... korang bole melihat,  mendengar, makan, minum, berak, bernafas tiap kali bangun tidur (takdela bgun je terus sakit jantung atau dah de kat alam kedua). korang ada kawan rapat yang memahami (walaupun kadang2 menyakitkan) korang ada handphone kesayangan, laptop, broadband (untuk update blog).. Ucapkan lah syukur seikhlas hati, dan sebanyak yang mungkin , hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri korang... buat la seberapa banyak kali dalam sehari...

BELAJAR JADI PEMAAF

Sikap maaf memaafi dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut,sedih, kecewa, gusar , menyampah , marah , geram , cemburu , tak puas hati , dendam  , busuk hati , iri hati , dsb). dan jangan lupa untuk meneutralkan gelombang fikiran negatif yang bersarang di minda korang tu..

ketahuilah, korang selalu rasa sedih dan kecewa kerana korang tak dapat memaafkan diri korang di masa lampau atau korang tak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri korang satu masa dulu... ataupun korang ni jenis susah nak menerima hakikat yang perbuatan salah orang lain terhadap diri korang.. yang telah membuat korang rasa sedih, kecewa dan geram tahap cipan... belajar lah jadi pemaaf .. hapuskan semua nya... dan menarik ketenangan datang pada diri korang...

KETAWA BAGAI NAK GILA

 HAHAHAHA ketawa bukan yang di buat-buat.. tetapi ketawa yang benar-benar menggembirakan hati.. dan menjadikan korang girang... tonton la video2 yang lawak, berita ke... dekatkan diri korang dengan rakan2 yang lawak serta cari "funny side" dalam ape jua situasi, supaya korang bole ketawa secara automatik... sebenar nya.. ketawa dapat menghilangkan rasa sedih... buat ape nak LAYAN kecewa sedangkan korang boleh ketawa.... COME ON guy... enjoy laa...

UBAH FIKIRAN

kkita memang tak bole nak ubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. tapi kita bole mengubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun... rahsianya dengan mencari sinar mentari di sebalik mendungnya awan... walaupun perkara tidak berpihak kepada koarng.. cari cara bagaimana anda boleh berjumpa nilai2 positif di dalam nya..

korang fikirlah bende2 yang baik je.. sebab nya ia dapat memberi keuntungan jangka masa yang panjang.. rezeki korang murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada korang.. korang akan jadi apa yang korang selalu fikirkan..

buat apa fikir yang buruk sedangkan korang boleh carik semua yang baik-baik.. kalau korang fikir benda yang buruk.. korang akan dapat yang buruk la jawapnya... ini hukum alam di namakan hukum sebab dan akibat.. dalam kata yang lebih tinggi, itu hukan Law Of Attraction...

HATI MESTI "KERAS"

Keras bukan nya makna keras macam batu.. maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati yang terbuka... Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan korang di masa yang lalu...

buat baik akan di balas baik.. begitu juga sebaliknya.. cuba korang ingat balik kejahatan kecik yang korang lakukan pada orang lain.. mungkin ada walaupon korang tak sedar... itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan...

Sebelum masuk tidur baca DOA tidur dan set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya... Lafazkan dengan nada berbisik... Relaks ... jangan terlalu mendesak diri...

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk korang... tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelum nya...

*pause*

sampai sini je la celoteh nina tentang tips ni.. kalau korang nak try bole lah cuba... bizikan diri korang dengan benda2 yang bole melupakan segala kisah sedih dan pedih.... 

2 comments:

DaKMuO said...

terbaekkkkkk...

shaifulshafian said...

terbaek!..yang penting..
SYUKUR dengan apa yang kita ada :)