Friday, December 27, 2013

kau bukan ku punya... (",)

Janganlah kau angkuh melaungkan si dia kepunyaanmu atau kau kepunyaan si dia kerana hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesiapa walau sekeping hati seorang insan tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura berlakon di pentas dunia dan bertopeng menutup rahsia tetapi hati tidak pernah berdusta pada empunya tentang perasaan yang bergolak di dalamnya. Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan ungkapan cinta padamu tetapi hati dan perasaannya tidak pernah berniat begitu dia hanya berselindung di sebalik sejuta alasan. Dan kau begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa hukum alam menyatakan menyintai tidak bermakna memiliki

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia. Dia mengasihi hambaNya. Dia memiliki hambaNya. Dan ke pangkuan Dia kita kembali....


No comments: